Sunday, April 26, 2015

Pengalaman baru yang bakal ditempuhi dengan penuh semangat dan diredhai Allah...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Catatan pertama setelah lebih setahun rasanya menyepikan diri. Bagi yang tidak tahu saya sekarang berada di UK bagi melanjutkan pelajaran dan cita-cita saya. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk diberikan peluang untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Syukur Ya Allah. 
Dengan ini bermula episod saya sebagai seorang pelajar semula setelah hampir 6 tahun meninggalkan status tersebut.

April 2015, genaplah 7 bulan saya dan suami berada di bumi UK ini. So far, semuanya berjalan lancar dan kami dapat menyesuaikan diri di sini. Environment pula, kami suka dan selesa kerana mostly penduduk di sini adalah berbangsa inggeris dan tidak ramai yang berbangsa asing. Tahap keselamatan adalah lebih terjamin dan setakat ini tiada kes yang tidak diingini berlaku. Alhamdullillah untuk itu semua. Allah tentukan tempat terbaik untuk kami. Sememangnya cita-cita saya dari kecil untuk belajar di luar negara dan merasai pengalaman hidup di bumi asing ini kerana pada masa kanak-kanak dahulu saya pernah mengikuti abah ke Florida, Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran di sana selama 3 tahun. Since then, saya menyimpan cita-cita tersebut. Namun baru sekarang Allah makbulkan permintaan itu. Berbekalkan scholarship, here we are in UK with a huge responsibility and a great adventure!! 

Tujuan saya menulis blog ini semula adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sebagai student dan maybe its one way of releasing stress for me. Sekarang sudah masuk Spring dan tidak lama lagi Summer. Bunga-bunga banyak dan hari siang semakin cepat. Sekarang baru jam 9.42 pagi di sini. Selasa and Rabu ni ada presentation for all 1st and 2nd year student, present any topic that you like but we are encouraged to present on what we have done so far for the past 6 months. Nervous yang amat sebab semua masih dalam progress and now still doing it. I hope it can be done by today so that I can email it to my supervisor tonight or early morning tomorrow. Harapnya sempat la. Pasal study kita cerita di lain post. So now, undur diri dulu sebab nak siapkan kerja. Huhu

Doakan saya berjaya mencapai cita-cita dan dipermudahkan segala urusan pembelajaran ye kawan-kawan. Aminn..

Take care :)

Meh share sket la pics...

The Hulk

Gun wharf Quays

Pic lama candid by husband while waiting for seminar.. December 2014

Autumn in my heart.. 

Rindu sangat kat anak2 bulus ni semuanya



No comments: