Monday, December 24, 2012

Day 1 : Hatyai



Entry ni dah lama pending dok dalam draft selama 2 bulan lebih. Trip bersama kengkawan sekepala time sekolah aka BFF. Plan asal nak buat tetiap tahun tapi biasala bila dah kawin dan ada komitmen dengan family asik tangguh je ;p 

So this year kitorang decide mesti jugak pegi sebab nak keep up with each other.. Yelah kan jarang jumpa sebab dorang kat JB dan i kat KL.. so susah la nak gossip dan kepoh2. Alasan nya nak cherish our friendship.. hehe nasibla hubby masing-masing sporting. Boleh tolong jagakan anak-anak.. Thanks Lan.. Isk n Hubs pon pandai jaga diri sendiri ;) So Alhamdullilah bolehla kami berjimba sakan.. 

Oh lupe, trip ni jugak kira macam getaway/babymoon utk Imah. Babymoon bukan dengan laki dia tapi dengan BFF.. Hehe BFF rules! FYI dia ni tengah pregnant 6 bulan time ni.. haha gagah xgagah kalah orang xpregnant tau. To note this is her 3rd child.. Kagum ok ngan ko imah..

Mesti ramai tanya kenapa Hatyai? Sbbnya trip ni macam adhoc so xde proper planning.. Kitorang xnak pegi dalam Malaysia, saje nak feeling2 tourist tapi nak budget murah. Ada juga suggest Indonesia ( Bandung or Jakarta) tapi ada yang dah pegi n akan pegi.. I je yang belum eh! Ok xpe so tetibe Imah cadang pegi Hatyai.. trus i mohon jasa baik Hubs untuk check kan flight ticket. Mula-mula minah2 dua orang tu nak naik bas or keretapi je sebab boleh adventure katenya ;p Tapi i macam hesitate sikit sebab bila baca blog-blog orang n did some research, mak oiii lama betul dalam 13jam.. Igt nak pegi London ker?? kematu cik *vots* nti.. Dorang lagi la dari JB ke KL dulu.. Cer imagine.. Lemau nti smpai sana.. Nak2 si Imah tu preggie.. 

Maybe nasib menyebelahi kitorang ada flight ticket Firefly ke Hatyai yang ada promo.. RM 0 for ticket and kitorng just bayar airport tax. So dapatla RM198 pegi balik. Yahooo murah. Kitorng terus on je xde fikir2 semua.. Thanks Hubs.. Muah

So tibelah date yang ditunggu-tunggu, Imah dan Fara gerak dari JB ke KL Sentral dulu naik keretapi. Plan asal nak naik bas tp last minute tukar plan naik train lak sebab laki dia nak bawak anak-anak balik segamat naik train.. So oklah dorang gerak dari JB kul 12.30 malam then dijanggka sampai dalam kul 6.30 pagi esoknya. Haaa kecut xkecut perut flight tix kitorng kul 9.50 pg.. I yang nervous sbb kadang-kadang traini ni delay la apa la. Haa nasib baik semua berjalan lancar. Dorang sampai on time then i dan hubs pick up kt kl sentral then shoot trus ke Subang Airport. Great traffic that day ok, no jammed al maklumla week day org semua keje plus lalu federal highway.. 

Kul 7 lebih dah sampai airport, check in bagai n breakfast kejap its time to say good bye kt hubs.. sedih xde sgt sbb kejap je pegi lagipon dengan kengkawan.. muahahha dia jadi bujang kejap n kitorang jadi single ladies la.. Hatyai woiii hatyai.. city of angels.. 

Perjalanan dari KL ke Hatyai International Airport ambil masa dalam 1jam 10 minit. So by 11 pagi waktu Malaysia kitorang pon selamat sampai.. Note : Hatyai 1 jam lewat dari Malaysia.. So time Hatyai baru kul 10 pagi.. Sampai je kat sana terus amik cab pegi ke travel agent. Haa lupa nak bagitau kitorang dah buat research berkenaan hotel.. Blog cakap xyah susah2 booking thru website semua sbb lagi murah booked thru travel agent. Kat sana melambak banyak. Pilih je mana suka dan ikut budget masing-masing. Provided kitorng pegi bukan peak season. Klu peak season tu lain cite. Oh lupa nak bagitau dari airport ke travel agent better amik taxi airport lagi terjamin rate. Untuk kitorang airport ke Lovely Tours( travel agent yang ramai traveller pegi sebab rate ok) cume 300THB = RM30. 



Untuk makluman semua, kalau nak pegi hatyai ni better duduk kat hotel yang tengah2 bandar/pekan. Easy access ke semua tempat makan halal, shopping semua. Semuanya walking distance je. So jimat budget! tu keyword ye kengkawan. 



Kat mana kitorang stay? Eh lupa ek nak bgtau kitorang kt sana selama 5H 4M. Lama kan? hehe. Sebenarnya 3H 2M pon dah cukup untuk cover hatyai tu tp kitorang saje je nak rehat without rushing semua. So 3 malam stay kat Grand Plaza Hotel dan 1 malam kat BP Hotel. Total adalah 4 malam. Nak tau brapa akak kt Lovely Tours quote untuk kitorang hehe 1 malam 790THB = RM79 sahaja. Murah xmurah best kan. So untuk 4 malam total 3160THB untuk 3 orang. Sorang dalam seratus lebih je.. Best deals kan? Nanti agents akan bagi voucher then voucher tu la korang bagi masa nak check in tu.


Lokasi hotel tu pon dekat je dengan travel tours tu boleh jalan kaki je. Kitorang pon jalan je la kaki senang. Sampai je hotel trus check in haa kat sini ada drama cket or maybe miscommunication cket dengan Farah. Dorang punya english not so good so kadang-kadang macam cakap dengan ayam itik. But mostly dorang boleh cakap malay. Xyah ko susah2 speaking london. Drama tu biar la kitorang je yang tau tp oklah nasib baik boleh settle dengan baik. *Kengkawan, bila check in ingat eh passport tu jgn bagi dorang simpan k* mmg la diperlukan masa check in but jgn bg dorang 'rampas' dan simpan without ur consent, klu dorang nak jugak simpan cakap xboleh or mintak dorang photocopy je. Grand Plaza Hotel tu not bad la for RM79 ni, boleh la muat utk 3 orang dan toilet ok plus point ada bidet. Yes senangla nak 'bisnes'. Maybe sebab ramai dah orang Malaysia dok situ so environment pon lebih kepada Malaysia.


So lepas settle check in dan masuk bilik n freshen up, kitorang gi cari makanan.. Hehe perut masing2 dah nyanyi keroncong mak limah dah.. Sebabkan dekat kitorang decide untuk jalan kaki je ke Restoran Salma. Tempat ni glamer gak untuk semua traveller muslim ke Hatyai. Hamid Restoran pon banyak gak review tp ada cakap mahal n overrated. Kitorang pass la.. sbb apa igt keyword kite kan. MURAH dan sedap. Verdict makanan - ok semua dan bolehla menepati citarasa.. pedas n cili tu mesti. klu x xnama la pegi thailand ;p


Lepas kenyang kitorang balik hotel n rehat nanti malam baru keluar lagi untuk cari makanan. Yes kitorang datang hatyai just for relax, visit few places, shop souveniers , and most importantly is the FOOD.  

Malam kitorang jalan jauh cket dari hotel untuk cari Nasi kuning dan ayam goreng panas yang selalu orang cakap sedap tu. Finally jumpa dan memang sedap dan MURAH pon. Xpenah malam makan heavy, malam tu plak i makan xingat dunia. Lepas makan terus tidooo.. Bagus kan ;) Now dah balik KL still teringat2 nasi kuning dan ayam goreng tu.. Bila tengok mcm biasa je tp bila makan sedap ya amatt..



End of Day 1..



7 comments:

Super Semangat said...

Aku blm hbs baca lg tp x saba nk komen. Bestnyer!!!! Sporting gile husband imah especially sbb xde hal nk look after the kids!!

yaNa MaLeK said...

Super Semangat : Haha nan, sporting kan si lan tu ;)

Super Semangat said...

Sporting n macho sbb no sweat handle 2 lil monsters ;) go daddies!

FarahBaek said...

suke2...
oraite..baru bace yg 1st..
next

Melissa Fairuz said...

tERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN..CUMA NAK TAU MCMMANA NAK BOOK HOTEL MELALUI LOVELY TRAVEL TU..AND LAGI SATU MASA KE HATYAI DEC TAHUN LEPAS,CUACA OK KE?TAKDE BANJIR KE HUJAN?

Melissa Fairuz said...

terima kasih atas perkongsian..cuma nak tumpang tnya macamana nk book hotel drp lovely travel tu?and masa ke hatyai tu in Disember cuaca oktak?hujan ke banjir ke?

yaNa MaLeK said...

Melissa Fairuz : Sorry delay reply comment.. Dear, Booking hotel daripada Lovely Tours tu kitorg walk in je. Better walk in then nanti u boleh negotiate price. Not sure in December hujan ke x? better check weather forecast.