Friday, December 28, 2012

Day 5 : Yeay balik KL


Ok ni last day, bangun pagi2 terus siap then tunggu taxi yang kitorang dah pre booked dengan lovely tours 300THB. Last night kitorang stay kat BP Hotel, hotel ok nice, cantik lagi dari Grand Plaza Hotel tp jauh cket la kena jalan kalau nak pegi tempat jual2 makanan bila malam. Disebabkan last day xde apa2 nak beli n buat just packing so kitorang ok la. 

Overall my point of view about Hatyai :

  • Not so friendly people, xsuke senyum, suke cakap jerit2 as if kitorng pekak or agaknya xpaham. Kadang2 rude jugak so sabar k ;p
  • Suka korek idung so beware ok whatever u touch or bought. Kalau beli buah or barang makanan make sure basuh or tgk si penjual tu cmne. Except orang Melayu thai sana.. boleh la..
  • Not so hygienic place to visit if u have kids. Kalau bawa make sure prepare betol2.
  • Lots of dogs, kiri kanan depan belakang. Bukan yang puppy tu tau ni yang besar godang tahap cam stray dogs tu.. So be extra careful xpasal2 kena kejar or kena samak nti
  • Kalau nak beli barang souvenier tu mesti tawar sampai orang tarik muka masam. Haha ;)
  • Always planned mana nak pegi and survey brapa kena bayar utk tuk2 especially kalau nak visit tempat2 di hatyai. Kalau setakat nak pusing2 around pekan hatyai tu 20THB je
  • Xyah risau makanan halal, ada je.   
  • Kalau beli air xkesah la air ape2 kt kedai makan if u nak kurang ice or xnk ais kena charge lebih
  • Bersepah2 pork jual kt kedai makan tu. Siap ada kepala kaki telinga la.. Euww
  • Apa lagi eh.. xigt dah.. Ok lastly JUST ENJOY! sebab mana2 tempat kite pegi pon xde tempat yang perfecto rite..

So far trip ke Hatyai ni okla dengan budget ciput boleh enjoy. Roughly below RM1000 boleh bersuka ria.. Yeay mission accomplish ;))

Next trip kitorang plan dengan family masing2 lak.

Till then Bye Hatyai.. 

Thursday, December 27, 2012

Day 4 : Free n Easy


Hari ke empat ini, xde aktiviti yang dirancangkan. Just free and easy. Kitorang bangun lambat cket kiranya lepas subuh tido balik kejap then sambung borak2 atas katil. Bila tengahari sikit siap2 mandi semua dan terus keluar cari makanan. Kitorang dah siap2 beli biskut semalamnya so makan la untuk alas perut supaya xmasuk angin. Al maklumla ada preggie mom kan ;) 

Mula lah cari kedai nak makan, brunch terus la kiranya. Then kitorang lepak kejap sambil borak2 lagi.. Girls will always be girls.. Talking non stop ;p Pastu kitorang sambung jalan n plan nak massage, manicure dan pedicure. Murah sangat kt sana. Mani Pedi hanya 200THB. Pastu add foot massage 300THB jadi la 500THB = RM50.. Mane nak nak dapat kt KL kan.. 

Bila dah settle semua, balik hotel sambung borak lagi then tidoo.. Hahaha betul free n easy ni. Sebab esoknya nak balik dah so malam tu kitorang buat last shopping souveniers untuk abiskan saki baki duit THB sebab esoknya nak balik dah pepagi.

Oh lupa nak bgtau, kitorang ni memang fully utilize cuti2 ni maksudnya keluar awal pagi then balik malam je. Xde pictures sebab bateri kong..LOL. Ada yang kitorang makan kat restoran tomyam.. Kai Tod  Day Cha( xsure la spelling cmne) tapi okla masakan nyaa. Jangan lupa try Teh Ais Hatyai dalam bahasa thai Cha Yen. Semua market yang ada kitorang pegi Santisuk Market, Kim Yong Market, Yong Dee Market, Asian Market. Semua2 tu ada jual macam2 makanan, pakaian, kekacang, mainan budak2 dan macam2 lagi. Pastu mesti gak makan pulut mangga yang akak purdah jual tu. Betol2 depan hotel kitorang. Ada jugak pulut ayam. Pink Lady Complex jual t-shirt n bag2 semua. Boleh la nak beli. Mesti tawar ok br dapat harga murah ;)) Night Life kt hatyai memang best xrasa sunyi pon. Orang cakap akan nampak p*ndan tp kitorang pon xjmp pon. Maybe ada tapi kitorang xperasan kot.. hehehe

So penat dah type ni korang tengok gambar je la tau 







Ada berani nak guna untuk baby anda ??



 

Wednesday, December 26, 2012

Day 3 : Khlong Khae Floating Market


Hai semua.. dah naik kerja or sambung cuti lagi till next year? i kena keje la but next monday cuti balik.. hehe malas kan nak buat kerja sbb dah end of year and mood cuti2. Tapi kalau sesapa ada anak2 mesti tengah busy uruskan kelengkapan sekolah anak2. Xpela tula tugas ibu bapa kan dan pengorbanan untuk mereka ;)

Ok kita sambung Day 3. Pegi Khlong Khae Floating Market. Actually ni la satu2 tempat yang i look forward to go. New experiance kan.. Tapi floating market ini bukan petang start 4-9 pm and only on weekends sahaja. So sesapa yang plan nak pegi better check scheduled masing-masing. And lagi satu tips mesti chartered tuk2 sebab nanti dorang boleh tunggu kite masa kat sana sampai abis kite shopping. Xkesah la berapa jam korang nak duk sane. Kalau xchartered nanti susah korang nak balik hotel sebab agak susah la tuk2 nak masuk situ. So remember that tips!!  

Semalam nya kitorang dah discuss ngan abang tuk2 boleh tak bawa kitorang ke floating market. Dia cakap ok then bagi kitorang dengan harga 400THB. So far tula best rate yang kitorang dapat after tanya2 gak dengan tuk2 lain. Ada yang 500THB dan 600THB tapi xnak tunggu or bagi syarat boleh kat situ selama 2 jam je. Banyak je tuk2 depan hotel tu korang boleh naik tp biasa la keyword kite MURAH dan berbaloi2 ;p 

Di sebab kan dah janji dengan abg tuk2 kul 3.30 pm so pagi tu kitorang decide jenjalan kt shopping mall. Tengok2 barang apa orang kate window shopping. Ok gak xlah mahal sangat. Murah cket dari KL.

Haa ni cite i pakai baju yang renyuk seribu ok. Dah iron kt KL tapi dah masuk dalam bag habisss.. Hotel pulak xde sediakan iron. Tu satu disadvantage nye. Yang lain2 boleh la sebab kite kan dok hotel untuk tido sahaja. So bear with it. 



Bila dah kul 3.30 pm kitorang tunggu kat hotel then abang tuk2 datang untuk bawa kitorang ke floating market. Yeay!! Best la tp kecik je tempat tu. Yang besar kan kat Bangkok tu. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la pegi pulak.. Ada jual makanan, souveniers, t-shirt, pottery, bantal, baju2 yang macam online tu tp xbanyak choice sangat, dan macam2 lagi. Price ok murah then korang boleh tawar menawar sampai puas hati or peniaga tarik muka.. hahaha tips ok. Sebab kalau dorang xbagi just go ke kedai lain. Barang2 kering ada jual atas land tapi yang floating tu semuanya makanan. Harga pon murah start dari 20THB dan paling mahal pon 35THB rasanya kot. Makan la korang sampai kenyang ;))

So enjoy the pics ye!








Balik je trus flat.. ohh tidak sambung lagi shopping ke area hotel. Hehe
 
End of day 3..

Tuesday, December 25, 2012

Day 2 : Interesting Places in Hatyai


Hari kedua kami decide untuk visit places around Hatyai. Bangun pagi2 siap semua then terus keluar cari breakfast. Kitorang breakfast ringan-ringan je beli roti dan mineral water kat 7 elevan. Haa kat Hatyai bersepah 7 eleven ni. Xjauh antara satu sama lain. Maybe sebab ramai tourist kot. Top up pon bole beli kt sini. Peringatan : kalau korang nak beli roti tu tengok2 cket, klu maggi pon baca betul2 ada banyak yang pork - non halal.

Eh haritu lupa nak bagitau, kalau sesiapa yang xnak roaming tu boleh la beli simcard local kt sane. Murah dan ada jual kt 7 eleven. Tapi biasanya kat airport tu before korang lepas immigration and nak exit departure hall tu ada orang bagi free simcard. Kitorang haritu dapat TrueMove simcard. Dari pembacaan TrueMove ni offer best rate among others. Dalam free simcard tu ada 20THB free then korang boleh la topup sendiri kt 7 eleven. Xhassle pon. Very convenient ;) 

K lepas breakfast, bila jalan-jalan kitorang pegi Morning Market, kt situ ada jual macam-macam. Ala sama macam pasar basah kite la kat sini. Ramai orang tepi2 jalan dan bau macam2.. hehe. Ada banyak juga tuk-tuk yang korang boleh naik. Sekali naik 20THB xkesah la jarakny. Kire around pekan hatyai tu. Then masa kitorang tgh jalan2 ada sorang abang tuk-tuk ni offer untuk bawa kitorang ke 4 tempat dengan hanya 1000THB. Murah la dari pagi sampai petang. Kira full day jalan. Plus point abang ni boleh speak Malay dan Muslim.. Yeay senang hidup xyah pikir2 apa2 lagi. Apa lagi kitorang pon ON je. Tips : better chartered tuk-tuk so diorang akan tunggu kite dan kadang2 tolong haggling untuk kite dengan org local.. Boleh jugak jadi photog xbertauliah.. hehe




Sebenarnya korang boleh pilih mana nak pegi tapi of cos la kan xtau mane. Mintak abang tu suggest. Driver tuk-tuk ni semua ada list yang dorang pegi sebab dah biasa kan bawa tourist ke tempat-tempat menarik. 

Lepas dah discuss 4 tempat yang akan kitorang pegi 
  • Wat Hat Yai
  • Chang Puak Camp (Tmp Gajah)
  • Samila Beach (Golden Mermaid)
  • Tan Kuan Hill & Songkhla Aquarium
  • Free added : Naga 2 kepala (Pertemuaan air tawar dan air masin), kedai kekacang
 
Wat Hat Yai

korang baca sendiri ok history ni ;)






 
 Gambar 1st tu bilik yang jual barang-barang sembahyang dorang. Nampak tu sami yang pakai baju kuning tu. Abang tuk-tuk tu cakap dorang memang duduk dalam tu kira macam jaga la tempat tu

Gambar 2,3 nampak tak gambar orang tu, menurut kata abang tuk-tuk mayat orang tu ada dalam tiang tu. Kira macam disemadikan dalam tiang. So gambar tu macam tanda kubur dorang la. Haa setiap tiang tu ada orangnya. Bayangkan ada brapa tiang kt temple tu. 

Gambar 4 tu tuk-tuk kitorang, see ada bulan bintang tu maksudnya driver dia Muslim. So kalau datang Hatyai boleh la tengok2. 

Tempat Kekacang dan segala tidbits

Oh sorry xsempat lak tanya apa nama dia in melayu. tapi kt situ la



Chang Puak Camp ( Tempat Gajah)



Fees? Hehehe jangan tanya i x ingat la ada jot down tapi mana tah hilang nya.. Best la kalau nak boleh ride gajah dan menyusuri sungai. 

Samila Beach ( Golden Mermaid)

Sebelum apa-apa kita makan dulu sebab perut dah bunyik2. Kate nya dah tengahari kan. Abang tuk2 bawak kitorang makan kat area Samila Beach yang ada the infamous golden mermaid. Ada orang cakap kalau pegi Hatyai kalau xpegi amik gambo dengan ikan duyung emas tu macam xsampai sane lagi..


Ok perut dah kenyang jom amik picture dengan mermaid yang seksiii.. Hehe

 

It supposed to write IFY Hatyai 2012.. Tp xnpk asik kena washed dengan air laut je

Tan Kuan Hill & Songhkla Aquarium



Songhkla Aquarium tu sorry xde pictures sebab nak save battery camera for tomorrow as kitorang nak pegi Khlong Khae Floating Market.. tempat yang memang aim nak pegi dan memang tempat must go. 

Naga 2 kepala ( Pertembungan air tawar dan air masin)

Abang tuk2 tu cerita tempat naga yang ada ni adalah di mana ada pertembungan air tawar dan air masin. Ni ada nampak kepala je kan, ekor nya ada kat tempat lain tp i xamik lak gambar pulak. Sebab xtau cerita yang sebenar. Bila sampai kt sini barula tau.. 



End of Day 2

Monday, December 24, 2012

Day 1 : Hatyai



Entry ni dah lama pending dok dalam draft selama 2 bulan lebih. Trip bersama kengkawan sekepala time sekolah aka BFF. Plan asal nak buat tetiap tahun tapi biasala bila dah kawin dan ada komitmen dengan family asik tangguh je ;p 

So this year kitorang decide mesti jugak pegi sebab nak keep up with each other.. Yelah kan jarang jumpa sebab dorang kat JB dan i kat KL.. so susah la nak gossip dan kepoh2. Alasan nya nak cherish our friendship.. hehe nasibla hubby masing-masing sporting. Boleh tolong jagakan anak-anak.. Thanks Lan.. Isk n Hubs pon pandai jaga diri sendiri ;) So Alhamdullilah bolehla kami berjimba sakan.. 

Oh lupe, trip ni jugak kira macam getaway/babymoon utk Imah. Babymoon bukan dengan laki dia tapi dengan BFF.. Hehe BFF rules! FYI dia ni tengah pregnant 6 bulan time ni.. haha gagah xgagah kalah orang xpregnant tau. To note this is her 3rd child.. Kagum ok ngan ko imah..

Mesti ramai tanya kenapa Hatyai? Sbbnya trip ni macam adhoc so xde proper planning.. Kitorang xnak pegi dalam Malaysia, saje nak feeling2 tourist tapi nak budget murah. Ada juga suggest Indonesia ( Bandung or Jakarta) tapi ada yang dah pegi n akan pegi.. I je yang belum eh! Ok xpe so tetibe Imah cadang pegi Hatyai.. trus i mohon jasa baik Hubs untuk check kan flight ticket. Mula-mula minah2 dua orang tu nak naik bas or keretapi je sebab boleh adventure katenya ;p Tapi i macam hesitate sikit sebab bila baca blog-blog orang n did some research, mak oiii lama betul dalam 13jam.. Igt nak pegi London ker?? kematu cik *vots* nti.. Dorang lagi la dari JB ke KL dulu.. Cer imagine.. Lemau nti smpai sana.. Nak2 si Imah tu preggie.. 

Maybe nasib menyebelahi kitorang ada flight ticket Firefly ke Hatyai yang ada promo.. RM 0 for ticket and kitorng just bayar airport tax. So dapatla RM198 pegi balik. Yahooo murah. Kitorng terus on je xde fikir2 semua.. Thanks Hubs.. Muah

So tibelah date yang ditunggu-tunggu, Imah dan Fara gerak dari JB ke KL Sentral dulu naik keretapi. Plan asal nak naik bas tp last minute tukar plan naik train lak sebab laki dia nak bawak anak-anak balik segamat naik train.. So oklah dorang gerak dari JB kul 12.30 malam then dijanggka sampai dalam kul 6.30 pagi esoknya. Haaa kecut xkecut perut flight tix kitorng kul 9.50 pg.. I yang nervous sbb kadang-kadang traini ni delay la apa la. Haa nasib baik semua berjalan lancar. Dorang sampai on time then i dan hubs pick up kt kl sentral then shoot trus ke Subang Airport. Great traffic that day ok, no jammed al maklumla week day org semua keje plus lalu federal highway.. 

Kul 7 lebih dah sampai airport, check in bagai n breakfast kejap its time to say good bye kt hubs.. sedih xde sgt sbb kejap je pegi lagipon dengan kengkawan.. muahahha dia jadi bujang kejap n kitorang jadi single ladies la.. Hatyai woiii hatyai.. city of angels.. 

Perjalanan dari KL ke Hatyai International Airport ambil masa dalam 1jam 10 minit. So by 11 pagi waktu Malaysia kitorang pon selamat sampai.. Note : Hatyai 1 jam lewat dari Malaysia.. So time Hatyai baru kul 10 pagi.. Sampai je kat sana terus amik cab pegi ke travel agent. Haa lupa nak bagitau kitorang dah buat research berkenaan hotel.. Blog cakap xyah susah2 booking thru website semua sbb lagi murah booked thru travel agent. Kat sana melambak banyak. Pilih je mana suka dan ikut budget masing-masing. Provided kitorng pegi bukan peak season. Klu peak season tu lain cite. Oh lupa nak bagitau dari airport ke travel agent better amik taxi airport lagi terjamin rate. Untuk kitorang airport ke Lovely Tours( travel agent yang ramai traveller pegi sebab rate ok) cume 300THB = RM30. 



Untuk makluman semua, kalau nak pegi hatyai ni better duduk kat hotel yang tengah2 bandar/pekan. Easy access ke semua tempat makan halal, shopping semua. Semuanya walking distance je. So jimat budget! tu keyword ye kengkawan. 



Kat mana kitorang stay? Eh lupa ek nak bgtau kitorang kt sana selama 5H 4M. Lama kan? hehe. Sebenarnya 3H 2M pon dah cukup untuk cover hatyai tu tp kitorang saje je nak rehat without rushing semua. So 3 malam stay kat Grand Plaza Hotel dan 1 malam kat BP Hotel. Total adalah 4 malam. Nak tau brapa akak kt Lovely Tours quote untuk kitorang hehe 1 malam 790THB = RM79 sahaja. Murah xmurah best kan. So untuk 4 malam total 3160THB untuk 3 orang. Sorang dalam seratus lebih je.. Best deals kan? Nanti agents akan bagi voucher then voucher tu la korang bagi masa nak check in tu.


Lokasi hotel tu pon dekat je dengan travel tours tu boleh jalan kaki je. Kitorang pon jalan je la kaki senang. Sampai je hotel trus check in haa kat sini ada drama cket or maybe miscommunication cket dengan Farah. Dorang punya english not so good so kadang-kadang macam cakap dengan ayam itik. But mostly dorang boleh cakap malay. Xyah ko susah2 speaking london. Drama tu biar la kitorang je yang tau tp oklah nasib baik boleh settle dengan baik. *Kengkawan, bila check in ingat eh passport tu jgn bagi dorang simpan k* mmg la diperlukan masa check in but jgn bg dorang 'rampas' dan simpan without ur consent, klu dorang nak jugak simpan cakap xboleh or mintak dorang photocopy je. Grand Plaza Hotel tu not bad la for RM79 ni, boleh la muat utk 3 orang dan toilet ok plus point ada bidet. Yes senangla nak 'bisnes'. Maybe sebab ramai dah orang Malaysia dok situ so environment pon lebih kepada Malaysia.


So lepas settle check in dan masuk bilik n freshen up, kitorang gi cari makanan.. Hehe perut masing2 dah nyanyi keroncong mak limah dah.. Sebabkan dekat kitorang decide untuk jalan kaki je ke Restoran Salma. Tempat ni glamer gak untuk semua traveller muslim ke Hatyai. Hamid Restoran pon banyak gak review tp ada cakap mahal n overrated. Kitorang pass la.. sbb apa igt keyword kite kan. MURAH dan sedap. Verdict makanan - ok semua dan bolehla menepati citarasa.. pedas n cili tu mesti. klu x xnama la pegi thailand ;p


Lepas kenyang kitorang balik hotel n rehat nanti malam baru keluar lagi untuk cari makanan. Yes kitorang datang hatyai just for relax, visit few places, shop souveniers , and most importantly is the FOOD.  

Malam kitorang jalan jauh cket dari hotel untuk cari Nasi kuning dan ayam goreng panas yang selalu orang cakap sedap tu. Finally jumpa dan memang sedap dan MURAH pon. Xpenah malam makan heavy, malam tu plak i makan xingat dunia. Lepas makan terus tidooo.. Bagus kan ;) Now dah balik KL still teringat2 nasi kuning dan ayam goreng tu.. Bila tengok mcm biasa je tp bila makan sedap ya amatt..



End of Day 1..



Thursday, December 13, 2012

Nak update!!



Fuhhh fuhh bersawang kalahkan gua nampaknya blog ni.

Tgk lasat post masa birthday bulan 8 haritu.. Sekarang dah end of year!

Banyak sebenarnya nak update. Especially trip Hatyai dengan kawan sekepala ;) uwahhh miss u guys so much.

Bila nak update je mesti ada halangan, xpon malas ya rabbi. Dah ke office dari pukul 8 am till 5 pm ngadap pc so bila sampai rumah malas dah nak bukak laptop.

Hehe tunggu la ada ipad/iphone5 nti harapnya rajin cket update blog barang sepatah 2 kata kan..

Muahaha alasan-alasan ;p

Till then

Bye..

Friday, August 31, 2012

Happy Birthday to Me.. yeay ME!!







Happy 29th Birthday to me..

Eh dah tua rupanya i.. next year dah masuk 3 series.. hukhuk

For this year wishes

I hope

di murahkan rezeki dari semua segi

dipanjangkan umur

dikelilingi oleh orang-orang tersayang

dikurniakan kesihatan yang berkekalan 

diberikan kebahagiaan hingga akhir hayat

Ameen

p/s : Hubs tanya nak apa for present, hurmmm i still don't know heheh mana peginya i punya wishlist yang berjela tu.. 

For this year, I'm truly happy sebab dapat celebrate dengan besties kt JB.. lame xjumpa dorang windu sgt2 and InsyaAllah we're planning to go somewhere(dkt je pon! ;p) in October
 (yes finally our second jalan2 3 orang menjadi after few years (mintak2 la jadi*berdoa*).. the 1st kat PD)

 


Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012







Ramadhan kini tiba dipenghujungnya maka tibalah Syawal

Semua umat Islam menyambut hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan nikmat

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin

kepada semua kawan-kawan

Mohon maaf jika ada tersinggung atau terasa hati jika ada celoteh dalam blog suam-suam kuku ini menyinggung perasaan sesiapa ;)

Semoga Syawal kali ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan orang-orang tersayang

Kepada yang nak balik kampung tu hati-hati bawak kereta.. Jangan pikir nak sampai cepat je! Ingat orang yang tersayang ;)

heheh jangan lupa had laju dah diturunkan kepada 80km/j so beringat nti kena saman ;p xpasal-pasal habis duit raya korang bg kat abg2 polis tu T____T

Haaa biasa la raya kan mesti makan xhingat dunia, so makan berpada-pada eh.. Kang sakit perut sapa yang susah.. diri sendiri jugak.. Pastu kang bila terlebih makan mula la meroyan gumuk laa, bj xmuat laa muahahhaha aku la tu ;p

Jaga diri baik-baik

*Hugs*

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua
 
Selamat Menjalankan Amal Ibadah dan semoga dipermudahkan segalanya dalam bulan yang mulia ini
 
Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap tuan blog, halalkan makan minum jika ada

Selamat Berpuasa & Selamat Beramal

Assalamualaiku wbt





Sunday, June 17, 2012

Ehem... Today is my 1st Anniversary ;)


Tup tup je dah setahun kami kahwin.. Tetibe rasa macam baru je semalam nikah ;p Pheww macam angin je masa berlalu kan? Yes harini adalah Hari Anniversary kami yang pertama.. So far nothing big happened to us but we managed to go through everything together.. Alhamdullillah.. Panjang lagi masa dan banyak benda yang perlu kami belajar dalam hidup rumahtangga ni.. Gaduh2 manja tu biasa laa.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak manusia yang macam2 ragam. We are still in the learning process.. Getting to know each other and so on..

Anak? Ermm belum ada rezeki lagi.. InsyaAllah akan usaha.. but well if ada orang kate we're planning.. My answer would be not sure but we'll work it out after this.. Hehhe.. Chill laa babe need to settle few things out first.. Wei honeymoon pon kitorang belum pegi lagi tau.. Syukur family, relatives and friends yang closed to us xde tanya2 sampai rimas.. Love them always.. 

As for today no celebration for our 1st anniversary.. No Present? Just wish and card.. huhuhu nak kata sedih   adalah sikit jugak but think positive!!  I just make buffalo wing for the rest of the family :p Maybe belated celebration and present kot.. Hopefully ehhehe.. Mana la tau tetibe husband buat surprise kan.. Knowing him yang not so romantic.. Well have to accept it.. Kata hidup rumah tangga mesti ada give and take.. (Let say kang tetibe dia romantic, jiwang karat, aku yang geli nak muntah plak..hehhe so let him be the way like i knew him back then)

I'm happy with my life today.. Looking forward for new experiences and challenges in our marriage life.. Hope that we stay together forever.. Loving each other and built one happy family.. Dikurniakan keluarga  yang diberkati di dunia dan diakhirat dan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin ya rabbalalamin..

Dulu xpenah buat entry wedding heheh sebab malas nak edit n belek semua pictures yang OP bagi dalam cd tu.. ribu2 kot gambar.. So now sebab harini hari special aku gagah kan jugak..utk kenangan bersama di masa akan datang..

Let the pictures continues the stories. Enjoice!!

The tools 

Makeup by Sue Cantik


The Akad with Ustad yang cool

Shoes & Dress for Nikah


Khemah, table deco

Door gifts, bunga telur, guests

The musicians - Ghazal

Dais

Hand bouquet

For Her

For Him

For Him & Duit Mas kahwin

Makeup by Najeeb Azami


Shoes & Dress for Reception




Outdoor shoot
The Ring

I love everything about my wedding.. the dress for nikah and reception, makeup for both events, decor's, music( ghazal group all the way from Muar, Johor), dais, hantaran, and of course all pictures.. credit to my OP.. (hehhe i love being photographs and being dolled up by the professionals..)

Thanks to my families, relatives, in-laws, friends and everyone that make my dream come true.. Not to forget my husband yang bucuk.. muahahhaha

Love u much!! Happy Anniversary..


all pictures credit to Udey Ismail and the gang ( Shah, Faiz, Azmie)